RSS

Info Berkenaan Stevia

Kenali apa itu Stevia

APA DIA STEVIA ?

STEVIA BUKAN SAJA INDAH PADA NAMA TETAPI UNIK KERANA KHASIAT DIHASILKAN DAUNNYA BOLEH MENGGANTIKAN GULA

Stevia adalah dari famili Chrysanthemum dan tumbuh secara liar di Paraguay dan Brazil. Kandungan glycosides di dalam daunnya dan termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

BERAPA BANYAK JUMLAH STEVIA DIGUNA DI SELURUH DUNIA ?

Dianggarkan permintaan Stevia pada masa kini ialah melebihi 2000 ton setahun. Jepun telah menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk minuman dan makanan melebihi 60% kadar penggunaan gula Stevia. Penggunaannya telah bertambah dengan Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan
Negara-negara Pacific telah beralih penggunaan dari pemanis gula tebu dan beet kepada Stevia.

APAKAH SIKAP FDA TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA ?

FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia, dan ianya boleh di guna sebagai bahan ubatan. Tetapi pada 17.12.2008, FDA telah menerima Stevia sebagai ‘ Generally Recognized as Safe ‘ (GRAS) dan boleh digunakan sebagai makanan tambahan. Mulai dari tarikh ini berlumba-lumbalah pembuat minuman gergasi
dunia seperti Coca-Cola, PepsiCola, Cargill dan pembuat makanan Nestle menggunakan Stevia sebagai pemanis untuk makanan dan minuman.

DI MANA STEVIA DITANAM ?

Sebahagian besar Stevia ditanam di Paraguay, Brazil, China dan Jepun serta Negara Pasific lain seperti India, Thailand dan terkini di Malaysia.


ADAKAH STEVIA DIGUNA DI DALAM PEMBUATAN MAKANAN ?

Pertama, ianya diguna sebagai pengganti kepada gula dan gula tiruan. Kedua, ianya diguna dengan meluas di Jepun di dalam pembuatan makanan dan gula-gula seperti Wrigley’s gum tanpa gula; Beatrice Food menggunakan Stevia untuk membuat yogurts dan diet Coke yang dikeluarkan oleh Coca-Cola. Juga diguna di dalam membuat jeruk asam, makanan laut kering dan beberapa jenis makanan lain.

ADAKAH STEVIA SELAMAT DIGUNAKAN ?

Keseluruhanya Stevia adalah herbal asli dan telah digunakan oleh kaum Gurani di Paraguay lebih dari 1500 tahun dahulu. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk di guna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

BERAPA KALI MANIS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?

Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 kali manis daripada gula. Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95%) didapati 200-300 kali manis dari gula biasa. Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

ANTARA CIRI-CIRI STEVIA ADALAH ?

  1. Pemanis semulajadi
  2. Menurunkan kadar gula dalam darah
  3. Melawaskan kencing
  4. Menurunkan tekanan darah
  5. Membunuh bakteria
  6. Membunuh kulat
  7. Membunuh virus
  8. Mengurangkan keradangan
  9. Alat bantu untuk menurunkan berat badan

“Stevia adalah bebas dari kalori an kadar kemanisan ekstrak stevia adalah beratus kali ganda manis dari gula biasa “

BOLEHKAH STEVIA MENGGANTIKAN PEMANIS TIRUAN ?

Tentu sekali boleh. Dijangka di dalam masa yang singkat ini Stevia akan digunakan melebihi 20% penggunaan pemanis untuk membuat minuman dan makanan. Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding dengan penggunaan gula biasa.

BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGGUNA STEVIA ?

Tentu sekali boleh. Ianya boleh diguna kerana ia tidak menambah kandungan gula dalam darah

BAGAIMANAKAH EKSTRAK DIHASILKAN ?

Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic.

BERAPA KOS STEVIA BERBANDING GULA BIASA ?

Sebagai perbandingan, kalau mengguna gula biasa, kosnya USD 12.00 berbanding dengan Stevia yang kosnya hanya ialah USD 0.40, iaitu 15 kg gula biasa sama manisnya dengan 1 kg Stevia ekstrak.

APAKAH PEMBUNGKUSAN STEVIA UNTUK DI PASAR ?

Ekstrak Stevia di pasarkan secara cecair, capsule, tablet atau secara powder. Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh dibungkus menjadi teh uncang.

BOLEHKAH RASA PAHIT STEVIA DIHAPUSKAN ?

Professor dari Chemical Engineering Pilot Plant ( CEPP ) Universiti Teknologi Malaysia, telah menemui kaedah prosesan yang boleh menghilangkan rasa pahit. Ini bermakna tiada perbezaan rasa pemanis Stevia dengan gula biasa.

ADAKAH STEVIA MENGANDUNGI VITAMIN DAN MINERAL ?

Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus phytonutrients dan minyak mudah meruap ( volatile oil ), termasuk Rutin dan B-Sitosterol.


BAHAN AKTIF YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS RASA MANIS PADA DAUN STEVIA DIKENALI SEBAGAI STEVIOL GLYCOSIDES YANG MENGANDUNGI STEVIOSIDE DAN REBAUDIOSIDE


Your Comment

You must be logged into post a comment.






WP-Highlight