RSS

SOALAN LAZIM

Berikut adalah beberapa soalan yang lazimnya diutarakan oleh pelanggan

SOALAN LAZIM

SELAMATKAH STEVIA SEBAGAI BAHAN MAKANAN?

Stevia adalah sejenis tumbuhan herba semulajadi yang  telah  di gunakan sejak ratusan tahun oleh orang-orang asli Paraguay & Brazil di Amerika latin. Kajian berterusan pelbagai institusi serata dunia tidak menemui sebarang kesan negatif terhadap kesihatan manusia bahkan haiwan.

BENARKAH STEVIA SELAMAT UNTUK PESAKIT DIABETES / KENCING MANIS?

Diantara sifat utama Stevia ialah ianya tidak menaikkan kadar kandungan gula dalam darah malah dipercayai boleh membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah kerana  indeks Glisemik [kadar penukaran karbohidrat kepada glukos]  yang sifar atau hampir sifar.  Walaubagaimanapun Pesakit Diabetes disarankan meruskan rawatan oleh Pegawai Perubatan Bertauliah seperti biasa. Perlu di ingatkan Stevia bukanlah ubat tetapi ianya adalah pemulih semulajadi dan juga sebagai alternatif terbaik kepada Gula.

APAKAH STEVIA JUGA SESUAI UNTUK PENGHIDAP-PENGHIDAP DARAH TINGGI, GOUT DAN LAIN – LAIN PENYAKIT ?

Di  antara ciri-ciri Stevia ialah memiliki nilai PH dari Neutral ke ALKALI, tidak sebagaimana Gula Tebu [Memiliki PH Berasid], kajian pakar-pakar mendapati  bahawa penggunaan Stevia bukan sahaja dapat membantu pesakit Diabetes malah Hipertensi [Tekanan Darah Tinggi], mengurangkan masalah Keasidan/Gas dalam perut, merawat sakit kulit seperti psoriasis, ekszema dsb. Adalah di lapurkan bahawa ekstrak Stevia telah di guna sebagai bahan dalam Syampu untuk merawat kulit kepala dari kelumumur serta memperbaiki kesihatan rambut dengan amat berkesan.

BOLEHKAH STEVIA DI GUNA DALAM MASAKAN HARIAN?

Ya , Sudah pasti boleh kerana Ekstrak Stevia amat stabil pada suhu tinggi, tiada bersifat penapaian serta tiada mengubah kandungan nutrisi makanan serta minuman. Malah Ekstrak Stevia semakin popular di gunakan dalam Industri Makanan & Minuman di serata Dunia. Di Jepun Stevia sudah digunakan secara meluas sejak tahun 70 an lagi.

APAKAH KESAN PENGGUNAAN STEVIA TERHADAP GIGI?

Di antara sifat stevia ialah Anti bakteria dan dari Kajian pakar-pakar telah merumuskan bahawa ia bukan sahaja boleh  merencat pertumbuhan plak malah membantu menghalang kaviti serta amat sesuai untuk penjagaan kesihatan gigi, gusi & mulut untuk semua orang terutama kanak-kanak.

ADAKAH PRODUK STEVIA TELAH MEMENUHI PERSIJILAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA [KKM]?

KKM melalui Bahagian Kawalan mutu makanan telah mengklasifikasikan ekstrak Stevia termasuk sebagai kategori makanan serta tidak memerlukan sijil kesihatan.

Sila rujuk seksyen 118A FOSIM atau Anda boleh hubungi Bahagian Kawalan Mutu Makanan di talian 03-88833531 atau 03-88833533 untuk pengesahan lanjut. Memandangkan STEVIA bukan Ubat atau Makanan Kesihatan, bahkan Pemanis Semulajadi terbaik pengganti Gula, Anda tidak perlu merujuk kepada Bahagian Perubatan Tradisional dan Non-komplimen atau Bahagian Biro Pengawalan Farmaseutikal.

HALALKAH PRODUK STEVIA KAMI INI ?

Sudah pasti. Produk STEVIA adalah 100% dari daun Stevia tanpa di campur dengan bahan-bahan lain serta di gunakan sebagai minuman harian & Pemanis Semulajadi. Produk ini dihasilkan sendiri oleh kami Bumiputera Melayu Islam dan dengan demikian secara peribadinya kami menjamin 100% akan kebersihan & kesucian produk kami.

DI MANAKAH TUAN MENDAPAT SUMBER-SUMBER RUJUKAN & APAKAH KELEBIHAN_KELEBIHAN LAIN BAGI STEVIA?

Terdapat banyak sumber di internet yang melaporkan tentang kebaikan serta keistimewaan Stevia. Kajian-kajian telah di lakukan oleh pelbagai pihak seperti Universiti-Universiti terkemuka Dunia, Institusi-institusi Penyelidikan Pertanian , Pemakanan , Organisasi seperti FDA Amerika dan seumpamanya. Dapatlah disimpulkan bahawa Stevia memiliki pelbagai kelebihan-kelebihan dan keistimewaan antaranya ialah ia tidak bertoksid serta selamat di gunakan, tiada menambah kandungan gula dalam darah, bersifat anti bakteria serta membantu mencegah kerosakan gigi/gusi, amat sesuai untuk mencegah obesiti(kegemukan), sesuai untuk orang yang sedang berdiet kerana kalorinya yang rendah, pesakit diabetes, hipertensi, hiperglisemia, hypoglisemia, kandidiosis, gout dan sebgainya. MARDI dan  UPM adalah diantara institusi penyelidikan dalam negeri yang telah dan sedang membuat kajian mengenai Stevia. Tidak dapat di nafikan Stevia akan menjadi produk Pemanis Semulajadi pengganti Gula [Tebu] pilihan Dunia sedikit masa lagi.

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH STEVIA SEBAGAI PENGGANTI GULA?

Dari laporan terkini KKM serta sumber-sumber lain Malaysia adalah diantara Pengguna Gula Terbesar Di Asia dan mempunyai masalah Obesiti serta Pesakit Kencing manis yang sudah melebihi 4 juta orang serta semakin meningkat. Obesiti adalah umpama bom jangka yang mengundang pelbagai penyakit seperti Diabetes, Darah Tinggi , Masalah jantung Koronari dsb. Adakah Anda ingin menjadi sebahgian dari Statistik tersebut ?.

Pakar-pakar pemakanan telah mengatakan bahawa badan kita telah memperolehi bekalan glukos [sebagai sumber tenaga] dari semua makanan berkabohirat seperti nasi, roti, kentang dan seumpamanya yang kita makan. Kenapa hendak di tambahkan lagi dengan Gula yang sememangnya memberikan kadar kalori yang amat tinggi ? [Ingat ! 1 sudu penuh gula berkalori 2o kcal yang memerlukan Anda menaiki tangga bangunan 14 Tingkat untuk membakarnya. Sumber: KKM, Kosmo ]

STEVIA boleh membantu anda untuk menikmati kemanisan TANPA KALORI TAMBAHAN serta TIADA MENAMBAHKAN KANDUNGAN GULA DALAM DARAH ANDA. Bawa bersama anda kemana sahaja anda pergi.

INGAT ! MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI !

BERAPA CAWAN TEH MANIS STEVIA DAPAT DIHASILKAN DARI 1 PEK DAUN KERING STEVIA / SERBUK DAUN TEH MANIS STEVIA KAMI ?

Untuk setiap 1 pek dengan berat bersih 12 Gram , anda boleh menghasilkan kira-kira 16 – 20 cawan Teh manis Stevia atau juga mungkin lebih bergantung kepada penggunaan anda . Anggaran kos untuk secawan Teh daun manis Stevia anda adalah hanya kira-kira 30 sen sahaja malah mungkin juga lebih jimat dari itu.

DI MANAKAH SAYA BOLEH MENDAPATKAN DAUN TEH MANIS STEVIA?

Terus buat tempahan dengan kami dengan menggunakan borang online yang telah kami sediakan. Harap Maklum.





WP-Highlight